Minggu, 17 Maret 2013

1. Silkie Silkie dikenali kerana sikapnya yang pasif. Silkies besar kemungkinan berasal dari China atau negara Asia Tenggara. Ia diberi nama Silkie kerana bulunya yang lembut yang apabila disentuh, seperti sutera. Ayam Silkie juga memiliki kualiti aneh yang lain, seperti daging berwarna biru tua, dan tulang serta balung biru. Lagi 11 gambar selepas jump. *** 2. Naked Neck Ayam jenis ini asalnya dari Eropah (tidak disangka ayam togel asalnya dari Eropah). The Naked Neck, Turken atau Transylvanian Naked Neck adalah satu-satunya jenis ayam yang togel di bahagian leher. Nama Turken pula datangnya dari salah faham yang ayam jenis ini ialah kacukan ayam dengan ayam Belanda. Jenis ini biasa dijumpai di Eropah tetapi jarang dijumpai di Amerika Utara 3. Sultan Jika Turken tiada bulu di leher, Sultan pula dipenuhi bulu dari hujung balung hingga ke hujung kaki. Jenis ayam ini dikatakan berasal dari Turki. Ayam ini biasanya hanya untuk perhiasan, dipelihara di taman semasa Kesultanan Uthman. 4. Frizzle Ayam ini biasanya dipelihara untuk pameran, rupanya tak ubah seperti Big Bird dari siri Sesame Street. 5. Araucana Jenis ayam ini berasal dari Chile. Antara ciri-ciri luar biasanya; menghasilkan telur warna biru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar